FREE SHIPPING 

for any purchase above RM150 (Pen.M) / RM200(SS)

Manchester United 1999 Treble: Dimana mereka sekarang? David Beckham ke Sheringham

11/08/2022
1999 Tahun yang tak mungkin dilupakan bagi penyokong Manchester United dan juga penyokong geng lawan. Kan? mana taknya, inilah tahun yang mana 3 piala besar idaman kelab-kelab England, termasuk 1 Piala rebutan juara-juara Benua Eropah berada dalam genggaman Manchester United.
Lama juga tak dengar berita legenda-legenda 'Red Devil' era 1999 ni kan? Di mana mereka?

Peter Schmeichel

Tahu tak, penjaga gol no 1 Manchester United dan Denmark inilah yang menjadi kapten semasa perlawanan akhir Champions League 1999 sebab Roy Keane kena gantung perlawanan masa tu. Sekarang ni Schmeicel bekerja dengan syarikat media sebagai 'football pundit' di Denmark dan BBC di England. Sekarang banyak beliau travel sebagai duta Manchester United dan Carlsberg

Gary Neville

Pasangan pembantu David Beckham di bahagian kanan ni sekarang merupakan salah seorang pemegang saham kelab bolasepak Salford City. Selain giat dalam pelaburan hartanah dan pembangunan beberapa perniagaan di Manchester & London, Gary Neville lebih banyak kita lihat di kaca TV di beberapa saluran sukan seperti SkySport. Terkini, dengar-dengar join politik pula Gary ni..

(Jersey Jaap Stam pakai tu Edisi Final Champions League 1999 - Klik Sini untuk dapatkan)

Jaap Stam

Selepas bersara, beberapa kelab berada pernah dibawah pengurusan Jaap Stam seperti Reading, PEC Zwolle, Feyenoord dan yang terakhir beliau berhenti dari FC Cincinnati hujung tahun 2021

Ronny Johnsen

Pertahanan tengah ini sekarang bekerja bersama TV2 tapi bukan di Malaysia, di Norway disamping masih menjadi duta untuk Manchester United. Walaupun ada lesen sebagai jurulatih dan lesen UEFA, beliau masih belum terlibat dalam pengurusan mana-mana kelab.

Denis Irwin

Ini legenda yang dikatakan pembelian paling bernilai oleh Alex Ferguson. Terkini, Irwin banyak melibatkan diri dalam dunia penyiaran dan di MUTV, beliau merupakan antara 'content contributor' yang regular. Selain itu, Irwin menjadi pemerhati bolasepak untuk stesyen TV Ireland untuk perlawanan antarabangsa yang melibatkan Ireland disamping banyak membuat penulisan kolum sukan. Oh ya, Irwin juga masih bersama Manchester United sebagai duta.

Jesper Blomqvist

Pemain yang dilahirkan dan dibesarkan di Tavelsjö, Sweden ini, kini menetap di Sweden, walaupun mempunyai hartanah di Croatia. Selepas bersara secara rasmi pada tahun 2005, beliau menjadi pemerhati bolasepak untuk stesen televisyen Sweden TV4.

Nicky Butt

Pengganti Roy Keane ketika perlawanan akhir Chamions League ini, banyak bersama akademi pembangunan Manchester United. Terkini Butt dilantik sebagai Ketua Pembangunan Pasukan Manchester United.

Ryan Giggs

Terkini, Ryan Giggs banyak menghabiskan masa ulang alik mahkamah.

Dwight Yorke

Penolong pengurus pasukan kebangsaan Trinidad dan Tobago pada 2009 dan 2010, Yorke kadangkala bekerja sebagai 'football pundit'. 

David Beckham

Selain mempunyai pegangan sahamnya dalam Salford, Beckham juga mempunyai francais MLSnya di Miami. Bekas kapten England ini juga aktif dalam melakukan kerja-kerja amal untuk UNICEF disamping menjadi model untuk pelbagai jenama serta pelbagai penampilan di televisyen.

(Jersey Beckham ni Jersi Retro Man Utd Away 1999 - Klik Sini untuk dapatkan)

Ole Gunnar Solskjaer

Ole Gunnar Solskjaer dilantik sebagai pengurus sementara Manchester United berikutan pemecatan Jose Mourinho pada Disember 2018 diumumkan sebagai pengurus tetap pada 28 Mac 2019, dengan kontrak tiga tahun. Dia meninggalkan peranan itu pada November 2021 berikutan permulaan musim yang buruk

Teddy Sheringham

Pakar televisyen sekali-sekala, bekas pengurus Stevenage bertanggungjawab ke atas kelab Liga Super India ATK sehingga awal 2018. Beliau baru-baru ini bergelar bapa semula pada usia 51 tahun.

(Jersey  dipakai tu Jersi Retro Manchester United 1999 Home - Klik Sini untuk dapatkan)

FREE DELIVERY

For every purchase from RM150 (SM) or RM200 (SS)

SECURED PAYMENT

Pay your purchase safely with our secure module for FPX payments

FREE RETURN

Upon receive of your order, you have 7 days to make a return

crossmenucross-circle
Cart0
There are no products in the cart!
Continue shopping
What Our Clients Say
335 reviews